Friday, December 20, 2013

SOALAN YANG KERAP DITANYA DALAM BIDANG PERGURUAN

Assalamualaikum...saya dapat satu info yang sangat saya perlukan sebenarnya..oleh kerana saya memang minat dengan bidang perguruan so info ini banyak membantu saya.Info ini saya dapat di facebook (muka buku :p) yang dimiliki oleh-------.Beliau sebenarnya merupakn  seseorang yang telah banyak membantu saya secara tidak langsung dalam memberi informasi mengenai UPU secara am nya.Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada beliau kerana membantu saya dan rakan-rakan yang lain.

ok..inilah info yang saya dapat tadi .....


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Hari ini saya nak kongsikan 5 soalan yang
kerap ditanya dalam bidang perguruan.

1. Apakah syarat lantikan untuk menjadi seorang guru

A. Warganegara Malaysia
B. Mempunyai ijazah sarjana muda yang diiktiraf
C. Mempunyai iktisas perguruan
D. Lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dalam SPM
E. Berumur tidak kurang 18 tahun

2. Bagaimana cara graduan IPTA memohon
jawatan sebagai seorang guru?

Pemohon boleh menghantar permohonan
kepada BPSM melalui aplikasi e-GST
dalam laman web Kementerian moe.gov.my

Data dalam sistem tersebut akan digunakan
oleh BPSM untuk urusan temuduga bagi
graduan bukan tajaan KPM dan graduan
tajaan KPM yang mendapat purata nilai
gred kumulatif 2.74 ke bawah.

Bagi yang mendapat 2.75 ke atas,
penempatan akan diuruskan pada
sesuatu tarikh yang ditentukan.

3. Bilakah tarikh pelantikan guru-guru
dibuat?

Terdapat empat tarikh pelantikan bagi
graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan dari universiti-universiti
tempatan yang telah berjaya dalam
urusan temuduga iaitu pada bulan
Januari, April, Julai dan Oktober.

Manakala bagi lepasan Institut Perguruan
akan ditempatkan pada bulan Januari
dan Jun.

4. Bilakah temuduga akan dijalankan?

Temuduga bagi lepasan IPTA akan
dilaksanakan pada bulan Februari,
Jun, September dan November.

5. Bila surat tawaran pelantikan Guru
Sandaran Terlatih akan dikeluarkan
bagi graduan IPG dan graduan IPTA?

Surat tawaran pelantikan GST bagi graduan
IPG akan diserahkan semasa taklimat
perkhidmatan yang akan diadakan
pada minggu terakhir graduan di
IPG.

Manakala bagi graduan lepasan IPTA
surat tawaran pelantikan akan
diserahkan ke JPN.

Salam kejayaan,

Ikhwan Fahmi
Ikhwan Fahmi Resources (SA0249242-M)





Thanks again kepada beliau...Semoga berjaya dunia dan akhirat~~

No comments:

Post a Comment