Friday, January 3, 2014

DASAR DAN PROSEDUR PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNiK PREMIER



Assalamualaikum..well hello everybody~~~post kali ini mengenai tajuk yang saya nyatakan di atas...jom check... (tak tahu nak explain apa lagi dah...)


DASAR DAN PROSEDUR PEMILIHAN
KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2013/2014

1.Kaedah permohonan : Aplikasi dalam talian (Online application ) sahaja.

2.Syarat permohonan : - Warganegara ( Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA berkaitan ).
                                    -Kelayakan : sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk BM dalam SPM.
                                    - 1 permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pemohon.

3.Program pengajian untuk bumiputera dan bukan bumiputera :

BUMIPUTERA SAHAJA !!!

- UiTM,Program Asasi di UIAM,Progaram Asasi Sains UM,Program Asasi UNIMAS dan Program Asasi     UMS. 

BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA !!!!

-Semua Program Asasi iaitu Program Pengajian Islam (UM) , program di UPM, USIM, UPNM, UKM dan Diploma di UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP,UniSZA dan Politeknik Premier  

4.Syarat pemilihan program : -Memilih 8 program pengajian dan sekurang-kurangnya 4 pilihan program  pengajian yang berlainan.

5.Program pengajian yang ada temuduga : 
   -Hanya untuk program pengajian yang tertentu yang berdasarkan bakat / penguasaan bahasa.
   -Hanya untuk pilihan 1-4 sahaja.
   -Surat panggilan temuduga secara online akan dikeluarkan oleh IPTA/Politeknik Premier melalui laman            web    masing-masing

6.Kriteria pemilihan : 
   - Pencapaian akademik dalam SPM /Setaraf
   - Pencapaian dalam kokurikulum
   -Kombinasi matapelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon.
   -Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan.
   -Lulus temuduga yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang                        memerlukan temuduga. 
   -Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.
   -Memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier .
   -Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA / Politeknik Premier.

7.Penentuan Aliran : 
   -Aliran Sains : mengambil mana-mana 4 @ 5 matapelajaran berikut :
                          -Matematik,Add Math,Fizik,Biologi,Kimia
                                             ATAU
                          -Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal /  Reka Cipta  /                                       Lukisan Kejuruteraan /  Ekonomi Rumah Tangga /  Teknologi Maklumat /  Teknologi                                   Kejuruteraan /  Prinsip Perakaunan /  Perdagangan/Ekonomi Asas /  Sains Pertanian /                                   Pengajian Agroteknologi / Pengetahuan Sains Sukan/Pengurusan Makanan

-Aliran Sastera : Calon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran                          Sastera.

8.Dasar pemilihan : 90 % markah akademik 10 % markah kokurikulum.

9.Dasar markah kokurikulum : Markah kokurikulum 10% calon sekolah di bawah
                                               seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan diselaraskan dengan                                                    KPM. Ia akan dibekalkan kepada BPKP JPT untuk padanan dengan                                                          markah akademik 90% mengikut jadual yang ditetapkan.

                                            - Bagi calon Kategori C, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat                                                    kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

                                             -Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang                                                     terbaik. (termasuk Program Latihan Khidmat Negara- PLKN) dengan                                                         markah 10%.

10.Penyediaan dan pengiraan Merit :

Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah eperti berikut:
GRED MARKAH
A+18
A 16
A- 14
B+ 12
B 10
C+ 8
C 6
D 4
E 2
G 0
Kaedah Pengiraan Markah Akademik
i. 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
ii. 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang
lain.

Aliran Sains :
 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i. Matematik
ii. Matematik Tambahan
iii. Fizik
iv. Kimia
v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaranberikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik &
Elektronik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan
Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/
Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/
Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan
Sains Sukan / Pengurusan Makanan
dan
· 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang
lain.

Aliran Sastera :
 90 markah dari 5 mata pelajaran
berikut:
i. Bahasa Melayu
ii. Matematik
iii. Sains
iv. Sejarah
v. Pendidikan Islam atau salah satu mata
pelajaran berikut ;
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-
Quran & AsSunah / Pengetahuan Moral
dan
· 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang
lain.

Kaedah Penyediaan Merit

· Contoh kiraan bagi penyediaan merit adalah seperti
berikut:
i. Calon Aliran Sains Mengambil 9 Mata Pelajaran
Bil. Mata Pelajaran Gred
1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pendidikan Islam A+
4. Sejarah A+
5. Matematik A+
6. Matematik Tambahan A
7. Fizik A-
8. Kimia A
9. Biologi A
 .
Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran
Utama (Aliran Sains)

 1. Matematik A+ 18
2. Matematik Tambahan A 16
3. Fizik A- 14
4. Kimia A 16
5. Biologi A- 14

JUMLAH 78

 Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata elajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran
Sains)

1. Bahasa Melayu A+ 18
2. Bahasa Inggeris A+ 18
3. Pendidikan Islam A+ 18

JUMLAH 54

. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah
Merit Pelajar
Markah Akademik =Markah Mata Pelajaran Utama Aliran + Markah MataPelajaran Terbaik

Markah MP Utama Aliran = 78 x 90/90=78

Markah MP Terbaik =54 X 30/30=30

Jumlah Markah Akademik =
Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90/120

= (78 + 30) x 90/120

= 81
v. Markah Merit Calon ialah
Markah Akademik + Markah Kokurikulum
Jika Calon Mendapat :
i. Markah Akademik = 81
ii. Markah Kokurikulum = 8
Markah Merit = Markah Akademik +
Markah Kokurikulum
= 81 + 8
= 89

11.Asas pertimbangan setara : Hanya pemohon yang menyatakan persetujuan dalamPernyataan Khas untuk menerima tawaran selain darilapan (8) pilihan program pengajian sahaja akan
ditawarkan program pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan berdasarkan kekosongan tempat yang masih ada.


12.Penajaan :

Program Asasi -Pemohon yang berjaya ke Program Asasi di IPTA akan diberikan biasiswa oleh Bahagian Biasiswa,Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program Diploma -Pemohon yang berjaya ke Program Diploma di IPTA/Politeknik Premier layak memohon pembiayaan melalui PTPTN,JPA atau lain-lain agensi.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually ada lagi beberapa dasar tapi pada pandangan saya dasar tersebut tidak begitu penting...Maklumat ini saya dapati dari KPT...Saya download maklumat...sangat banyak sebenarnya lampiran yang dinyatakan..tetapi ini adalah maklumat yang paling penting untuk anda...kira maklumat ini macam short notes lah untuk anda...tak payah pening kepala baca banyak-banyak...kalau ada sebarang soalan anda dialu-alukan untuk berhubung dengan saya menerusi email iaitu amiathi96@yahoo.co.nz atau wechat : mia-irah..
bersama-sama lah kita menimba ilmu...kalau ada kekurangan atau kesalahan dalam semua post saya harap maaf ye...sesungguhnya yang baik datang dari Allah,yang buruk adalah kekhilafan saya sendiri....GOOD LUCK....


No comments:

Post a Comment