Friday, December 20, 2013

PERBEZAAN DIPLOMA ,ASASI,MATRIKULASI

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia...(agak poyo ye)...Majoriti pelajar lepasan SPM konfius (confuse) dengan perkataan DIPLOMA,ASASI, dan juga MATRIKULASI.Berdasarkan survey yang saya buat,ASASI dan MATRIKULASI adalah hampir/sama manakala bagi DIPLOMA  pula ianya agak berlainan...Nak tahu lebih lanjut???scroll down lah sayang...
.
.
.
.
.

MATRIKULASI dan ASASI :

-Program khas yang membolehkan pelajar cemerlang melangkau program DIPLOMA.Keutamaan MATRIKULASI ialah Program Satu Tahun (PST) tetapi ada juga Program Dua Tahun (PDT).
-Kebiasaanya pelajar yang ditawarkan program MATRIKULASI / ASASI merupakan pelajar cemerlang dan dipercayai mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 atau 3 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas.
-Program ASASI  juga memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh satu tahun (2 semester)
-Pelajar dari program ini jika cemerlng dapat memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun,4-5 tahun bagi sains perubatan)/perundangan (3 tahun)/perakaunan(4 tahun) dan mereka bakal memasuki alam pada usia 21-22 tahun (secara angaran sahaja).cepat bukan??

Contohnya.....

Tahun
Pelajar A
Pelajar B
Pertengahan tahun 2008
mula belajar di matrikulasi Pengajian Satu Tahun di KPM
mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM

Pertengahan tahun 2009
tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. 

memasuki tahun kedua pengajian diploma
Pertengahan tahun 2010
sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM

memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2011
sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2012
memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM.
baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2013

Tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit.
sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM
Pertengahan tahun 2014

masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan.
mula belajar di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2015

masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2015 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.



DIPLOMA :

-Terbuka kepada semua lepasan SPM
-Merangkumi semua aliran
-Semua jenis persekolahan
-Menawarkan tempoh belajar selama 3 tahun.Selepas itu barulah pelajar dapat mengikuti program ijazah..(tempoh yang lama bukan?)




Saya ada sediakan beberapa printscreen mengenai entry ini..printscreen ini saya ambil dari blog ummi.






So...Selesai tak persoalan dalam minda anda??kalau masih ragu-ragu buatlah solah istikarah..Sesungguhnya ALLAH adalah tempat yang terbaik untuk kita merujuk...

No comments:

Post a Comment