Friday, December 20, 2013

MATA PELAJARAN DAN PROGRAM PENGAJIAN DI MATRIKULASI (BERDASARKAN TAHUN 2011)



Assalamualaikum....post yang lepas saya share mengenai perbezaan diploma,matrikulasi dan asasi right???
have you make a decision??nak ambil matrikulasi??tapi tak tahu mata pelajaran dan program pengajian yang ditawarkan??ingin tahu??ok..saya ada jawapan bagi persoalan anda...check this out!!


seperti yang saya sudah nyatakan pada entry yang lepas program pengajian yang ditawar kan oleh matrikulasi ada 2 iaitu pengajian satu tahun (PST) dan pengajian dua tahun (PDT).Peluang untuk anda diterima ke matrikulasi adalah merujuk kepada keputusan SPM anda...pelajar yang cemerlang mempunyai peluang yang lebih tinggi lebih-lebih lagi pelajar yang mengambil aliran sains tulen iaitu biologi,fizik,kimia,matematik tambahan dan matematik.

terdapat 6 aliran yang ditawar kan iaitu :

-Fizikal 
-Biologi, 
-Perakaunan, 
-(Teknikal) Awam, 
-(Teknikal) Mekanikal 
-(Teknikal) Elektrik dan Elektronik.

Mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua aliran ialah :

-Bahasa Inggeris 
-Teknologi Maklumat  
-Pendidikan Islam & Moral 
-Dinamika Kemahiran

Salah satu mata pelajaran Ko-Kurikulum :

Sukan dan Permainan @ Kelab dan Persatuan @ Unit Beruniform

(jangan ingat matrikulasi tak ada koku ye...)

Mata pelajaran yang WAJIB diambil mengikut aliran:
1. Aliran Fizikal

*Fizik  
*Kimia 
*Matematik

2. Aliran Biologi

*Biologi 
*Kimia 
*Matematik

3. Aliran Perakaunan :

*Matematik 
*Ekonomi 
*Perakaunan 
*Pengurusan Perniagaan

4. Aliran (Teknikal) Awam

*Matematik 
*Fizik dan Kimia Kejuruteraan 
*Asas Kejuruteraan 
*Pengajian Kejuruteraan Awam

5. Aliran (Teknikal) Mekanikal :

*Matematik 
*Fizik dan Kimia Kejuruteraan 
*Asas Kejuruteraan 
*Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
     
6. Aliran (Teknikal) Elektrik dan Elektronik

*Matematik 
*Fizik dan Kimia Kejuruteraan 
*Asas Kejuruteraan 
*Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

so....dapat tak info yang anda inginkan???plan your future from now!!!jangan menyesal di kemudian hari ye...


sumber : 
dan
Laman web rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment