Tuesday, January 7, 2014

Kenapa guru diibaratkan sebagai seorang ibu???? [MUSTREAD]





Assalamualaikum....hari ini saya nak share sedikit tentang mengapa guru diibaratkan sebagai ibu...'Guru merupakan ibu disekolah' merupakan sebaris ayat yang amat sinonim dengan masyarakat kita.tetapi tidak semua yang benar-benar memahami mengapa guru diibaratkan sebagai ibu.Post kali ini sebenarnya lebih kepada pengalaman saya sendiri setelah bergelar seorang guru.jawatan yang saya sandang hanyalah gurru tadika,secara jujurnya bila ada yang mengetahui mengenai kerjaya sementara saya itu terdapat segelintir yang memuji tapi tidak dapat saya sangkal ada juga yang mengeji..kata-ata seperti "cikgu tadika jew???' "banyak sangat kegaji yang mereka bagi? " "macam tak ada kerja lain jew,kerja macam tu yang kau nak".tetapi oleh erana minat saya terhadap mengajar menjadikan saya lebih kuat untuk bertemour di medan ini.dan baru sekarang saya menyedari mengapa guru diibaratkan sebagai ibu...


sekolah bermula pukul 7 pagi,guru dikehendaki berada disekolah sebelum murid tiba...selalunya saya akan sampai disekolah pada pukul 6.50 pagi...saya mulakan kerja saya dengan bukak pintu sekolah,jerang air,sapu sampah...setibanya murid di tadika tersebut,saya hendaklah sudah bersedia dihadapan gate sekolah untuk menyambut pelajar..masa itu lah cabaran yang besar berlau apabila segelintir pelajar mula menangis kerana tidak mahu berpisah dengan ibu bapa...sebagai guru,kami akan menenangkan pelajar tersebut...bukan mudah sebenarnya...ada pelajar yang dari mula kelas sampai balik menangis tak berhenti...penat sangat hendak melayan karenah mereka...setelah itu,sesi p&p bermula...kami hendak mengajar murid dengan cara yang terbaik agar murid paham apa yang diajar dan waktu ini lah merupakan waktu yang paling berharga untuk mengisi nilai-nilai murni dalam diri pelajar...tugas ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana pelajar tadika merupakan murid yang terlalu muda..jadi macam2 lah karenah mereka...ada yang banyak mulut,ada yang nangis tak berhenti,ada yang terkucil,jadi sebagai guru kita kenalah bersih kan najis mereka...tukaran baju mereka...basuh pakaian mereka yang dah terkena najis tu....

setelah itu,saya akan menyediakan minum pagi untuk pelajar semasa rehat...bancuh air,bahagikan kuih...pada waktu rehat pula kami guru akan bawa pelajar dalam barisan untuk ke singki mencuci tangan...masa ini lah kami akan mengajar mereka cara mencuci tangan dengan betul.....selesai rehat,saya memulakan tugas membasuh peralatan yang digunakan seperti dulang,jag,cawan,pinggan.....sementara itu guru yang lain akan memulakan kembali sesi p&p....berakhirnya sesi p&p,kami akan keluarkan pelajar seorang demi seorang untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin...ketika ini,kami akan menjadi hero mereka dalam mencari kasut masing-masing...setelah memastikan semua pelajar selamat pulang,kami akan memulakan sesi mengemas manakala guru yang bertugas untuk mengajar sesi petang akan memulakan p&p...kami akan sapu,mop kelas,basuh tandas,susun meja dan kerusi...tidak ketinggalan juga menyusun buku...setelah selesai...saya akan pulang pada pukul 1 petang....konklusinya,walaupun bergelar GURU tapi tugas kami seperti seorang IBU....dan ia merupakan alasan yang kukuh kenapa kita diehendaki menghormati guru....buan mudah untuk menjawat jawatan seorang guru...ini baru guru tadika belum lagi guru SK dan SMK....dan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya di tadika al-abim,sk.ulu tiram,smk ulu tiram...tidak ketinggalan guru ngaji saya...cigu faridah,cikgu hidayah dan pak abun.....TERIMA KASIH CIKGU!!

sayangilah guru kita...



No comments:

Post a Comment