Kerja Projek Matematik Tambahan 2013
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
GARIS PANDUAN AM MENGENAI PELAKSANAAN
KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013
Setiap murid yang mengambil Matematik Tambahan diperlukan untuk menjalankan kerja projek semasa di Tingkatan 5. Setelah melaksanakan Kerja Projek Matematik Tambahan, adalah diharapkan agar murid akan mendapat pengalaman yang berharga dan dapat:
1) Mengaplikasi dan mengadaptasikan pelbagai strategi penyelasaian masalah untuk menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin;
2) Melalui pengalaman pembelajaran:
yang mencabar, menarik dan bermakna dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir mereka;
di mana pengetahuan dan kemahiran digunakan dengan cara yang bermakna dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar;
di mana mengekspresikan pemikiran matematik, penaakulan dan komunikasi amat digalakkan dan dituntut; dan
yang merangsang dan meningkatkan pembelajaran yang berkesan.
3) Memperolehi kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan secara lisan dan bertulis, dan menggunakan bahasa matematik untuk mengekspresikan idea matematik dengan betul dan tepat;
4) Meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran metematik melalui pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah;
5) Membentuk pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk kerjaya dan masa depan;
6) Menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang penting dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dan seterusnya menerapkan sikap positif terhadap matematik;
7) Melatih diri mereka bukan sahaja untuk belajar secara berdikari tetapi juga untuk berkolaborasi, bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat;
8) Menggunakan teknologi khususnya TMK secara bersesuaian dan berkesan;
9) Melatih diri untuk menghargai nilai-nilai intrinsik matematik dan menjadi lebih kreatif dan inovatif; dan
10) Menyedari kepentingan dan keindahan matematik.
Kerja projek boleh dilaksanakan dalam kumpulan atau individu, tetapi setiap murid perlu mengemukakan laporan bertulis secara individu yang ditanda dan digred oleh guru berdasarkan rubrik yang dibekalkan bersama tugasan. Wajaran yang tinggi diperuntukkan kepada pengaplikasian proses matematik seperti penaakulan, membuat perkaitan, berkomunikasi secara matematik, perwakilan dan menggunakan teknologi. Murid perlu menyedari bahawa proses matematik yang dilaksanakan semasa menyelesaikan tugasan KPMT, adalah sama penting dengan mencari jawapan yang betul. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk berubah daripada melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dan mereka perlu meluangkan masa untuk perkara-perkara berikut:
1) Memantau murid supaya mereka bukan sahaja bekerja keras ke arah menyiapkan tugasan tersebut tetapi juga bekerjasama dengan murid lain secara kolaboratif dan berkesan;
2) Menggalakkan sumbangsaran idea dalam menyelesaikan tugasan;
3) Menjawab soalan, memberi cadangan dan memberi panduan kepada murid sekiranya diperlukan tetapi bukan sehingga memberi jawapan secara langsung;
4) Mentaksir dan menilai proses dan kemajuan murid sepanjang masa;
5) Memberi panduan dan menggalakkan murid menjalankan penyelidikan, termasuk bagaimana untuk menggunakan sumber secara berkesan;
6) Memastikan murid sentiasa fokus dan berminat kepada tugasan yang perlu diselesaikan;
7) Memberi masa yang secukupnya (3 minggu) kepada murid untuk menyelesaikan tugasan.
Murid perlu melaksanakan tugasan kerja projek (termasuk penulisan laporan bertulis secara individu) dalam tempoh TIGA minggu dari hari pertama tugasan diberikan kepada mereka. Kegagalan untuk mengemukakan laporan bertulis akan menyebabkan murid tidak akan menerima apa-apa perakuan dan sijil.
Disediakan oleh:
Unit Matematik Menengah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
CURRICULUM DEVELOPMENT DIVISION
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
GENERAL GUIDELINES ON THE IMPLEMENTATION OF
ADDITIONAL MATHEMATICS PROJECT WORK 2013
Every student taking Additional Mathematics is required to carry out a project work while they are in Form 5. Upon completion of the Additional Mathematics Project Work, it is hoped that students will gain valuable experiences and able to:
1) Apply and adapt a variety of problem-solving strategies to solve routine and non-routine problems;
2) Experience classroom environments:
which are challenging, interesting and meaningful and hence improve their thinking skills. where knowledge and skills are applied in meaningful ways in solving real-life problems.
where expressing ones mathematical thinking, reasoning and communication are highly encouraged and expected; and
that stimulates and enhances effective learning.
3) Acquire effective mathematical communication through oral and writing, and to use the language of mathematics to express mathematical ideas correctly and precisely;
4) Increase interest and confidence as well as enhance acquisition of mathematical knowledge and skills through application of various strategies of problem solving;
5) Develop knowledge and skills that are useful for career and future undertakings;
6) Realize that mathematics is an important and powerful tool in solving real-life problems and hence develop positive attitude towards mathematics.
7) Train themselves not only to be independent learners but also to collaborate, to cooperate, and to share knowledge in an engaging and healthy environment.
8) Use technology especially the ICT appropriately and effectively.
9) Train themselves to appreciate the intrinsic values of mathematics and to become more creative and innovative; and
10) Realize the importance and the beauty of mathematics.
Project work can be done in groups or individually, but each student is expected to submit an individually written report which is marked and graded by the teachers according to the rubrics supplemented with the task. A high percentage of marks is allocated to the application of the mathematical processes such as reasoning, making connections, communicating mathematically, representation and using technology. Students are to realize that going through the mathematical processes while solving the task, is as important as finding the correct answers. Hence it is important that teachers move away from the traditional teaching and learning and they are expected to spend some amount of time doing the following:
1) Organizing and monitoring students, so that everyone is not only working hard towards completing the task but working also together effectively;
2) Encourage brainstorming ideas to solve the tasks;
3) Answer questions, offer suggestions and guides students whenever necessary but not up to giving the answers directly;
4) Access and evaluate students’ process and progress along the way;
5) Guide and encourage students to do research including how to use the resources effectively;
6) Keep students focused and interested on the task to be solved;
7) Provide enough time (3 weeks) for students to complete the task.
Students are expected to complete the project work (including producing an individually written report) within THREE weeks from the first day the task is being administered to them. Failure to submit the written report will result in the students not receiving any certificate.
Prepared by:
Secondary Mathematics Unit
Curriculum Development Division
Ministry of Education Malaysia
No comments:
Post a Comment