Saturday, December 21, 2013

RESUME KERJA TADIKA

Assalamualaikum...Hari yng penuh mancabar bagi saya sebab kena buat RESUME untuk mohon kerja...Pada mulanya memang terkejut bila kena buat resume tu..yela..tak penah tengok pown resume tu macam mana...tang tang kena buat pulak...kalau buat surat rasmi adalah den belajar masa sekolah...
tapi...usaha tu kan tangga kejayaan...setelah berusaha untuk dapatkkan contoh resume tersebut...alhamdulillah jumpa pun...lepas tu kena bantai pula maklumat untuk dalam resume tu...then....siaplah resume cek tu...but tak perfect lah...nak tengok resume saya???jom kita skodeng....


Nama :...............
No . KP :..............
Alamat : ..............
No . HP : ....................

Pendidikan :
-SK. ,2003-2008
-UPSR = 4A 1B
-SIJIL DARJAH ENAM AGAMA = 1A,2B,3C,2D,1E (Layak ke Darjah Khas)
-Ujian Penilaian Kelas KAFA = 6A 2B
-SMK.... , 2009-2013
-Aliran sains tulen
-PMR = 4A 4B
-Ujian PAFA = LULUS

-Percubaan SPM = --------

Aktiviti dan penglibatan :
-Pengawas Pusat Sumber Sekolah Agama , 2007
-Pengawas,2010-2013
-Setiausaha Pengawas, 2013
 -Setiausaha kelab fotografi, 2013
-Setiausaha Kadet Polis , 2013
-Setiausaha Kelab Petanque

Pencapaian :
-Mewakili sekolah Pertandingan Choral Speaking
-Johan Kawad Kaki Kadet Polis
-Naib Johan Kawad Kaki Rumah Sukan
-Mewakili Sekolah pada Hari KOR-Kadet Polis

Pengalaman Kerja dan Khidmat Masyarakat :
-Menyertai Aktiviti “Street Dakwah” di Larkin.
-Tiada Pengalaman Kerja.

Rujukan : (segala sijil yang berkaitan hendaklah diphotostat..)



huhu....Entah lah dapat ke tak kerja tu....sedikit maklumat terpaksa saya padam sebab ianya agak sulit...termasuk result trial spm... :p




Friday, December 20, 2013

SOALAN YANG KERAP DITANYA DALAM BIDANG PERGURUAN

Assalamualaikum...saya dapat satu info yang sangat saya perlukan sebenarnya..oleh kerana saya memang minat dengan bidang perguruan so info ini banyak membantu saya.Info ini saya dapat di facebook (muka buku :p) yang dimiliki oleh-------.Beliau sebenarnya merupakn  seseorang yang telah banyak membantu saya secara tidak langsung dalam memberi informasi mengenai UPU secara am nya.Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada beliau kerana membantu saya dan rakan-rakan yang lain.

ok..inilah info yang saya dapat tadi .....


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Hari ini saya nak kongsikan 5 soalan yang
kerap ditanya dalam bidang perguruan.

1. Apakah syarat lantikan untuk menjadi seorang guru

A. Warganegara Malaysia
B. Mempunyai ijazah sarjana muda yang diiktiraf
C. Mempunyai iktisas perguruan
D. Lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dalam SPM
E. Berumur tidak kurang 18 tahun

2. Bagaimana cara graduan IPTA memohon
jawatan sebagai seorang guru?

Pemohon boleh menghantar permohonan
kepada BPSM melalui aplikasi e-GST
dalam laman web Kementerian moe.gov.my

Data dalam sistem tersebut akan digunakan
oleh BPSM untuk urusan temuduga bagi
graduan bukan tajaan KPM dan graduan
tajaan KPM yang mendapat purata nilai
gred kumulatif 2.74 ke bawah.

Bagi yang mendapat 2.75 ke atas,
penempatan akan diuruskan pada
sesuatu tarikh yang ditentukan.

3. Bilakah tarikh pelantikan guru-guru
dibuat?

Terdapat empat tarikh pelantikan bagi
graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan dari universiti-universiti
tempatan yang telah berjaya dalam
urusan temuduga iaitu pada bulan
Januari, April, Julai dan Oktober.

Manakala bagi lepasan Institut Perguruan
akan ditempatkan pada bulan Januari
dan Jun.

4. Bilakah temuduga akan dijalankan?

Temuduga bagi lepasan IPTA akan
dilaksanakan pada bulan Februari,
Jun, September dan November.

5. Bila surat tawaran pelantikan Guru
Sandaran Terlatih akan dikeluarkan
bagi graduan IPG dan graduan IPTA?

Surat tawaran pelantikan GST bagi graduan
IPG akan diserahkan semasa taklimat
perkhidmatan yang akan diadakan
pada minggu terakhir graduan di
IPG.

Manakala bagi graduan lepasan IPTA
surat tawaran pelantikan akan
diserahkan ke JPN.

Salam kejayaan,

Ikhwan Fahmi
Ikhwan Fahmi Resources (SA0249242-M)





Thanks again kepada beliau...Semoga berjaya dunia dan akhirat~~

MATA PELAJARAN DAN PROGRAM PENGAJIAN DI MATRIKULASI (BERDASARKAN TAHUN 2011)



Assalamualaikum....post yang lepas saya share mengenai perbezaan diploma,matrikulasi dan asasi right???
have you make a decision??nak ambil matrikulasi??tapi tak tahu mata pelajaran dan program pengajian yang ditawarkan??ingin tahu??ok..saya ada jawapan bagi persoalan anda...check this out!!


seperti yang saya sudah nyatakan pada entry yang lepas program pengajian yang ditawar kan oleh matrikulasi ada 2 iaitu pengajian satu tahun (PST) dan pengajian dua tahun (PDT).Peluang untuk anda diterima ke matrikulasi adalah merujuk kepada keputusan SPM anda...pelajar yang cemerlang mempunyai peluang yang lebih tinggi lebih-lebih lagi pelajar yang mengambil aliran sains tulen iaitu biologi,fizik,kimia,matematik tambahan dan matematik.

terdapat 6 aliran yang ditawar kan iaitu :

-Fizikal 
-Biologi, 
-Perakaunan, 
-(Teknikal) Awam, 
-(Teknikal) Mekanikal 
-(Teknikal) Elektrik dan Elektronik.

Mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua aliran ialah :

-Bahasa Inggeris 
-Teknologi Maklumat  
-Pendidikan Islam & Moral 
-Dinamika Kemahiran

Salah satu mata pelajaran Ko-Kurikulum :

Sukan dan Permainan @ Kelab dan Persatuan @ Unit Beruniform

(jangan ingat matrikulasi tak ada koku ye...)

Mata pelajaran yang WAJIB diambil mengikut aliran:
1. Aliran Fizikal : 

*Fizik  
*Kimia 
*Matematik

2. Aliran Biologi : 

*Biologi 
*Kimia 
*Matematik

3. Aliran Perakaunan :

*Matematik 
*Ekonomi 
*Perakaunan 
*Pengurusan Perniagaan

4. Aliran (Teknikal) Awam : 

*Matematik 
*Fizik dan Kimia Kejuruteraan 
*Asas Kejuruteraan 
*Pengajian Kejuruteraan Awam

5. Aliran (Teknikal) Mekanikal :

*Matematik 
*Fizik dan Kimia Kejuruteraan 
*Asas Kejuruteraan 
*Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
     
6. Aliran (Teknikal) Elektrik dan Elektronik : 

*Matematik 
*Fizik dan Kimia Kejuruteraan 
*Asas Kejuruteraan 
*Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

so....dapat tak info yang anda inginkan???plan your future from now!!!jangan menyesal di kemudian hari ye...


sumber : 
dan
Laman web rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

PERBEZAAN DIPLOMA ,ASASI,MATRIKULASI

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia...(agak poyo ye)...Majoriti pelajar lepasan SPM konfius (confuse) dengan perkataan DIPLOMA,ASASI, dan juga MATRIKULASI.Berdasarkan survey yang saya buat,ASASI dan MATRIKULASI adalah hampir/sama manakala bagi DIPLOMA  pula ianya agak berlainan...Nak tahu lebih lanjut???scroll down lah sayang...
.
.
.
.
.

MATRIKULASI dan ASASI :

-Program khas yang membolehkan pelajar cemerlang melangkau program DIPLOMA.Keutamaan MATRIKULASI ialah Program Satu Tahun (PST) tetapi ada juga Program Dua Tahun (PDT).
-Kebiasaanya pelajar yang ditawarkan program MATRIKULASI / ASASI merupakan pelajar cemerlang dan dipercayai mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 atau 3 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas.
-Program ASASI  juga memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh satu tahun (2 semester)
-Pelajar dari program ini jika cemerlng dapat memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun,4-5 tahun bagi sains perubatan)/perundangan (3 tahun)/perakaunan(4 tahun) dan mereka bakal memasuki alam pada usia 21-22 tahun (secara angaran sahaja).cepat bukan??

Contohnya.....

Tahun
Pelajar A
Pelajar B
Pertengahan tahun 2008
mula belajar di matrikulasi Pengajian Satu Tahun di KPM
mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM

Pertengahan tahun 2009
tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. 

memasuki tahun kedua pengajian diploma
Pertengahan tahun 2010
sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM

memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2011
sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2012
memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM.
baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2013

Tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit.
sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM
Pertengahan tahun 2014

masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan.
mula belajar di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2015

masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2015 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.



DIPLOMA :

-Terbuka kepada semua lepasan SPM
-Merangkumi semua aliran
-Semua jenis persekolahan
-Menawarkan tempoh belajar selama 3 tahun.Selepas itu barulah pelajar dapat mengikuti program ijazah..(tempoh yang lama bukan?)




Saya ada sediakan beberapa printscreen mengenai entry ini..printscreen ini saya ambil dari blog ummi.






So...Selesai tak persoalan dalam minda anda??kalau masih ragu-ragu buatlah solah istikarah..Sesungguhnya ALLAH adalah tempat yang terbaik untuk kita merujuk...

IKRAM FOR SYRIA .i4s

IKRAM FOR SYRIA











Sudikah anda membantu kanak-kanak ini yang sudah pastinya ketakutan, kesejukan dan kelaparan?

Bantulah kami untuk membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan boleh dibuat ke :

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
emel : i4syria315@gmail.com

***** ***** ***** ***** *****

Would you like to help these children, which of course is scared, cold and hungry?

Help us to help them. Donation can be made through:

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)

email : i4syria315@gmail.com


fb:https://www.facebook.com/ikram4syria

[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]











Aqsa Syarif melancarkan kempen ini untuk membantu wanita, kanak-kanak dan warga tua di Gaza sekarang dalam menghadapi krisis banjir dan cuaca sejuk terburuk dalam sejarah!

Sekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir dan kemusnahan terowong telah menyukarkan kehidupan mereka untuk mendapatkan makanan asasi dan keperluan musim sejuk.

Oleh itu pihak Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sam menyumbang ke Tabung Shitaa' bermula Disember sehingga 31 Jan 2014.

Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.

Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904

Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.

Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!




P/S: tak salah kalau membantu orang yang memerlukan....marilah bantu saudara kita disana...



UNIVERSITI DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN.

Assalamualaikum....Anda masih tertanya -tanya universiti mana yang anda inginkan??Universiti mana yang menawarkan program yang anda minati???Ok...Kali ini saya bagi link untuk senarai universiti di malaysia,anda bolehlah klik mana-mana universiti yang anda minat dan akan dipaparkan program yang ditawarkan oleh universiti tersebut....

Pada mulanya saya nak kumpulkan progam dengan universiti yang menwarkan program tersebut...Tapi banyak sangat sampai pening kepala saya...so..Jangan lah berat tulang sangat,sekadar klik jew link yang saya beri ini...Moga bermanfaat!!!

CLICK HERE !!