Monday, January 20, 2014

STEP BY STEP FOR APPLY UPU!!!

Assalamualaikum....here is the step untuk mohon UPU...Lets check it out!!!!first of all...go to https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/index.php












Setelah itu...isi lah maklumat yang diminta.....ada paham????ok...bye2

Thursday, January 16, 2014

KDU UNIVERSITY COLLEGE SCHOLARSHIPS



Assalamualaikum.....its time for a schorlarships!!!!tunggu apa lagi???mohon lah dengan mengunakan keputasan trial anda DI SINI!~~~~GOOD LUCK

PERHATIAN !!!!!!


PERHATIAN!!!
KPM tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan sebarang bentuk pas masuk percuma kepada orang awam dan tidak pernah menganjurkan sebarang program sesi kemasukan awal ke IPTA bagi program-program pengajian yang ditawarkan di IPTA! 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara UPU memproses permohonan pelajar universiti awam, para pelajar digalakkan untuk menghubungi Kementerian Pelajaran di 03-8870 6767/6777 atau layarihttp://upu.moe.gov.my/

Wednesday, January 15, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE USM 2014/2015



So...jangan lepaskan peluang anda....mungkin ramai yang kata susah untuk diterima ke USM...tapi tak cuba tak tahu kan~~~~

Baru • Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.

Assalamualaikum all......ok.....BREAKING NEWS....Tarikh Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari....jadi kamu-kamu semua yang excited sangat nak mohon UPU tu...anda dipersilakan untuk menghilang perasaan excited anda tu....huhu...ok,btw,klaw anda ingin tahu bagaimana nak membeli no unik BSN bolehlah KLIK SINI!!...hah...lagi satu.....part yang paling seronok....nak tahu anda layak bagi program yang ditawarkan oleh universiti awam KLIK SINI!!....disebabkan keputusan SPM and STPM tahun 2013 tak keluar lagi...anda cubalah isi mengunakan keputusan percubaan....dapat jugak anda info mengenai program yang sesuai dengan anda....and kalau anda nak test minat kerjaya anda KILIK SINI!!...saya dah cuba,memang sangat membantu.....kalau nak maklumat lanjut layari laman web KPM ye sayang....bye bye....

Tuesday, January 7, 2014

JUALAN NOMBOR UNIK ID BSN SESI AKADEMIK 2014/2015

PERHATIAN!!!!



MASIH BELUM ADA TARIKH YANG TEPAT MENGENAI JUALAN NOMBOR UNIK ID OLEH BSN BAGI SESI AKADEMIK 2014/2014 (BACTH 96')...SEBARANG MAKLUMAT AKAN SAYA UPDATE SECEPAT MUNGKIN.....





------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa guru diibaratkan sebagai seorang ibu???? [MUSTREAD]





Assalamualaikum....hari ini saya nak share sedikit tentang mengapa guru diibaratkan sebagai ibu...'Guru merupakan ibu disekolah' merupakan sebaris ayat yang amat sinonim dengan masyarakat kita.tetapi tidak semua yang benar-benar memahami mengapa guru diibaratkan sebagai ibu.Post kali ini sebenarnya lebih kepada pengalaman saya sendiri setelah bergelar seorang guru.jawatan yang saya sandang hanyalah gurru tadika,secara jujurnya bila ada yang mengetahui mengenai kerjaya sementara saya itu terdapat segelintir yang memuji tapi tidak dapat saya sangkal ada juga yang mengeji..kata-ata seperti "cikgu tadika jew???' "banyak sangat kegaji yang mereka bagi? " "macam tak ada kerja lain jew,kerja macam tu yang kau nak".tetapi oleh erana minat saya terhadap mengajar menjadikan saya lebih kuat untuk bertemour di medan ini.dan baru sekarang saya menyedari mengapa guru diibaratkan sebagai ibu...


sekolah bermula pukul 7 pagi,guru dikehendaki berada disekolah sebelum murid tiba...selalunya saya akan sampai disekolah pada pukul 6.50 pagi...saya mulakan kerja saya dengan bukak pintu sekolah,jerang air,sapu sampah...setibanya murid di tadika tersebut,saya hendaklah sudah bersedia dihadapan gate sekolah untuk menyambut pelajar..masa itu lah cabaran yang besar berlau apabila segelintir pelajar mula menangis kerana tidak mahu berpisah dengan ibu bapa...sebagai guru,kami akan menenangkan pelajar tersebut...bukan mudah sebenarnya...ada pelajar yang dari mula kelas sampai balik menangis tak berhenti...penat sangat hendak melayan karenah mereka...setelah itu,sesi p&p bermula...kami hendak mengajar murid dengan cara yang terbaik agar murid paham apa yang diajar dan waktu ini lah merupakan waktu yang paling berharga untuk mengisi nilai-nilai murni dalam diri pelajar...tugas ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana pelajar tadika merupakan murid yang terlalu muda..jadi macam2 lah karenah mereka...ada yang banyak mulut,ada yang nangis tak berhenti,ada yang terkucil,jadi sebagai guru kita kenalah bersih kan najis mereka...tukaran baju mereka...basuh pakaian mereka yang dah terkena najis tu....

setelah itu,saya akan menyediakan minum pagi untuk pelajar semasa rehat...bancuh air,bahagikan kuih...pada waktu rehat pula kami guru akan bawa pelajar dalam barisan untuk ke singki mencuci tangan...masa ini lah kami akan mengajar mereka cara mencuci tangan dengan betul.....selesai rehat,saya memulakan tugas membasuh peralatan yang digunakan seperti dulang,jag,cawan,pinggan.....sementara itu guru yang lain akan memulakan kembali sesi p&p....berakhirnya sesi p&p,kami akan keluarkan pelajar seorang demi seorang untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin...ketika ini,kami akan menjadi hero mereka dalam mencari kasut masing-masing...setelah memastikan semua pelajar selamat pulang,kami akan memulakan sesi mengemas manakala guru yang bertugas untuk mengajar sesi petang akan memulakan p&p...kami akan sapu,mop kelas,basuh tandas,susun meja dan kerusi...tidak ketinggalan juga menyusun buku...setelah selesai...saya akan pulang pada pukul 1 petang....konklusinya,walaupun bergelar GURU tapi tugas kami seperti seorang IBU....dan ia merupakan alasan yang kukuh kenapa kita diehendaki menghormati guru....buan mudah untuk menjawat jawatan seorang guru...ini baru guru tadika belum lagi guru SK dan SMK....dan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya di tadika al-abim,sk.ulu tiram,smk ulu tiram...tidak ketinggalan guru ngaji saya...cigu faridah,cikgu hidayah dan pak abun.....TERIMA KASIH CIKGU!!

sayangilah guru kita...



Friday, January 3, 2014

DASAR DAN PROSEDUR PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNiK PREMIER



Assalamualaikum..well hello everybody~~~post kali ini mengenai tajuk yang saya nyatakan di atas...jom check... (tak tahu nak explain apa lagi dah...)


DASAR DAN PROSEDUR PEMILIHAN
KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2013/2014

1.Kaedah permohonan : Aplikasi dalam talian (Online application ) sahaja.

2.Syarat permohonan : - Warganegara ( Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA berkaitan ).
                                    -Kelayakan : sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk BM dalam SPM.
                                    - 1 permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pemohon.

3.Program pengajian untuk bumiputera dan bukan bumiputera :

BUMIPUTERA SAHAJA !!!

- UiTM,Program Asasi di UIAM,Progaram Asasi Sains UM,Program Asasi UNIMAS dan Program Asasi     UMS. 

BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA !!!!

-Semua Program Asasi iaitu Program Pengajian Islam (UM) , program di UPM, USIM, UPNM, UKM dan Diploma di UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP,UniSZA dan Politeknik Premier  

4.Syarat pemilihan program : -Memilih 8 program pengajian dan sekurang-kurangnya 4 pilihan program  pengajian yang berlainan.

5.Program pengajian yang ada temuduga : 
   -Hanya untuk program pengajian yang tertentu yang berdasarkan bakat / penguasaan bahasa.
   -Hanya untuk pilihan 1-4 sahaja.
   -Surat panggilan temuduga secara online akan dikeluarkan oleh IPTA/Politeknik Premier melalui laman            web    masing-masing

6.Kriteria pemilihan : 
   - Pencapaian akademik dalam SPM /Setaraf
   - Pencapaian dalam kokurikulum
   -Kombinasi matapelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon.
   -Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan.
   -Lulus temuduga yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang                        memerlukan temuduga. 
   -Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.
   -Memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier .
   -Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA / Politeknik Premier.

7.Penentuan Aliran : 
   -Aliran Sains : mengambil mana-mana 4 @ 5 matapelajaran berikut :
                          -Matematik,Add Math,Fizik,Biologi,Kimia
                                             ATAU
                          -Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal /  Reka Cipta  /                                       Lukisan Kejuruteraan /  Ekonomi Rumah Tangga /  Teknologi Maklumat /  Teknologi                                   Kejuruteraan /  Prinsip Perakaunan /  Perdagangan/Ekonomi Asas /  Sains Pertanian /                                   Pengajian Agroteknologi / Pengetahuan Sains Sukan/Pengurusan Makanan

-Aliran Sastera : Calon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran                          Sastera.

8.Dasar pemilihan : 90 % markah akademik 10 % markah kokurikulum.

9.Dasar markah kokurikulum : Markah kokurikulum 10% calon sekolah di bawah
                                               seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan diselaraskan dengan                                                    KPM. Ia akan dibekalkan kepada BPKP JPT untuk padanan dengan                                                          markah akademik 90% mengikut jadual yang ditetapkan.

                                            - Bagi calon Kategori C, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat                                                    kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

                                             -Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang                                                     terbaik. (termasuk Program Latihan Khidmat Negara- PLKN) dengan                                                         markah 10%.

10.Penyediaan dan pengiraan Merit :

Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah eperti berikut:
GRED MARKAH
A+18
A 16
A- 14
B+ 12
B 10
C+ 8
C 6
D 4
E 2
G 0
Kaedah Pengiraan Markah Akademik
i. 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
ii. 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang
lain.

Aliran Sains :
 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i. Matematik
ii. Matematik Tambahan
iii. Fizik
iv. Kimia
v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaranberikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik &
Elektronik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan
Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/
Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/
Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan
Sains Sukan / Pengurusan Makanan
dan
· 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang
lain.

Aliran Sastera :
 90 markah dari 5 mata pelajaran
berikut:
i. Bahasa Melayu
ii. Matematik
iii. Sains
iv. Sejarah
v. Pendidikan Islam atau salah satu mata
pelajaran berikut ;
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-
Quran & AsSunah / Pengetahuan Moral
dan
· 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang
lain.

Kaedah Penyediaan Merit

· Contoh kiraan bagi penyediaan merit adalah seperti
berikut:
i. Calon Aliran Sains Mengambil 9 Mata Pelajaran
Bil. Mata Pelajaran Gred
1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pendidikan Islam A+
4. Sejarah A+
5. Matematik A+
6. Matematik Tambahan A
7. Fizik A-
8. Kimia A
9. Biologi A
 .
Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran
Utama (Aliran Sains)

 1. Matematik A+ 18
2. Matematik Tambahan A 16
3. Fizik A- 14
4. Kimia A 16
5. Biologi A- 14

JUMLAH 78

 Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata elajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran
Sains)

1. Bahasa Melayu A+ 18
2. Bahasa Inggeris A+ 18
3. Pendidikan Islam A+ 18

JUMLAH 54

. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah
Merit Pelajar
Markah Akademik =Markah Mata Pelajaran Utama Aliran + Markah MataPelajaran Terbaik

Markah MP Utama Aliran = 78 x 90/90=78

Markah MP Terbaik =54 X 30/30=30

Jumlah Markah Akademik =
Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90/120

= (78 + 30) x 90/120

= 81
v. Markah Merit Calon ialah
Markah Akademik + Markah Kokurikulum
Jika Calon Mendapat :
i. Markah Akademik = 81
ii. Markah Kokurikulum = 8
Markah Merit = Markah Akademik +
Markah Kokurikulum
= 81 + 8
= 89

11.Asas pertimbangan setara : Hanya pemohon yang menyatakan persetujuan dalamPernyataan Khas untuk menerima tawaran selain darilapan (8) pilihan program pengajian sahaja akan
ditawarkan program pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan berdasarkan kekosongan tempat yang masih ada.


12.Penajaan :

Program Asasi -Pemohon yang berjaya ke Program Asasi di IPTA akan diberikan biasiswa oleh Bahagian Biasiswa,Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program Diploma -Pemohon yang berjaya ke Program Diploma di IPTA/Politeknik Premier layak memohon pembiayaan melalui PTPTN,JPA atau lain-lain agensi.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually ada lagi beberapa dasar tapi pada pandangan saya dasar tersebut tidak begitu penting...Maklumat ini saya dapati dari KPT...Saya download maklumat...sangat banyak sebenarnya lampiran yang dinyatakan..tetapi ini adalah maklumat yang paling penting untuk anda...kira maklumat ini macam short notes lah untuk anda...tak payah pening kepala baca banyak-banyak...kalau ada sebarang soalan anda dialu-alukan untuk berhubung dengan saya menerusi email iaitu amiathi96@yahoo.co.nz atau wechat : mia-irah..
bersama-sama lah kita menimba ilmu...kalau ada kekurangan atau kesalahan dalam semua post saya harap maaf ye...sesungguhnya yang baik datang dari Allah,yang buruk adalah kekhilafan saya sendiri....GOOD LUCK....